Buat Duit Dengan Stock Photo

1

Posted by reezluv | Posted in Bisnes Internet | Posted on 26-05-2010

Nak buat duit ada banyak cara..salah satunya adalah dengan stock photo.Ramai sebenarnya photographer yang masih tak tahu akan cara buat duit dengan photo ni selain dari depa buat job orang kawen tu..Bayangkanlah setiap minggu je, depa tak leh kemana..sebab ada event situ, event sini dan kalau time cuti sekolah tu plak..memang tak cukup tangan la..confirm la tak ada kat umah kan? hehe..walaupun aku salah sorang photographer, tapi aku bukan wedding photographer pun..ramai yang suggest aku amek jadi Wedding Photographer..banyak sebab yang aku takleh nak commit untuk jadi wedding photographer…

So tau ke korang yang nak buat duit dengan stock photo ini amat senang? Korang tak payah nak keluar duit riban-riban nak beli lense itu, lense ini sangat, atau keluarkan duit minyak korang tu, berpeluh tengah panas, gerak subuh-subuh dan ikut kemana penganti pegi (kalau korang wedding photographer..) tak ke penat? Pastu plak korang nak siapkan sticky album, edit gambar,contact client,deal client, jumpa client, kalau die sibuk, tangguh lagi dan begitulah seterusnya..itulah antara sebab aku maleh nak buat offline job…penat dan agak tak berbaloi kalau buat sorang-sorang..korang kena la ada team untuk membantu..payah gak kan nak cari team kalau takde..

Kat sini aku tunjukkan kat korang antara site yang korang leh buat duit dengan stock photo..

10 best stock photo agencies to sell images

Kat situ merupakan antara stock photo ejen yang amat bagus sekali reputasinya..erm..tapi..ada ke orang nak beli? Sapa yang nak beli?

Persoalan ini akan terjawab kalau korang terlibat sama dalam graphic design…ada sesetengah photographer memang zero bab graphic design dan amat expert bab photography..memang satu advantage jika beliau mahir kedua-duanya..Kenapa orang lain nak beli photo?

Untuk pengetahuan korang, website-website tersebut akan membayar korang jika ada gambar yang korang upload itu didownload oleh orang yang membelinya.Harganya akan ditentukan oleh pihak Stock Photo itu dan ianya kekal sepanjang masa..korang tak yah risau yang photo korang akan expired..hehe..

Siapa membeli?

Biasanya advertising agency sama ada printing atau internet advertising akan membeli gambar-gambar tersebut. Contoh jelas kalau korang lihat di Billboard di tepi highway tu..korang ingat gambar tu semua mereka tangkap sendiri ke? Kebanyakannya dibeli dari stock photo dan amat mudah dan menjimatkan dari upah photographer yang belum tentu baik hasilnya.

Selain itu, pereka web juga terlibat dalam membeli photo ini. Mereka membeli photo untuk dimasukkan ke dalam portfolio mereka atau design untuk client mereka khasnya.

Photo apa ye yang paling femes?

Di Malaysia aku tengok, agak kurang photo yang berbentuk muslimah dan business niche..kalau ada mungkin aku lebih suka membeli stock photo dari orang Malaysia..belum ada lagi aku lihat Malaysian yang develop stock photo untuk Malaysia..aku harap ianya akan terjadi suatu hari nanti.

Jadi, bagi mereka yang dah ada DSLR tu jangan la sia-siakan senjata yang korang ada tu untuk buat duit secara automatik..korang hanya ikut syarat yang ditetapkan dan mungkin korang perlu tetapkan kategori photo yang korang akan submit seperti, technology,mobile,business man,money,cars, dan lain lain supaya lebih menarik…

Tips: sape yang ada 50mm lense…lagi senang….:P

Review Syarikat Hosting-Onebytes.com.my

1

Posted by reezluv | Posted in web review | Posted on 26-10-2009

Kali ni aku nak review syarikat hosting yang bagi aku amat bagus dan setanding dengan hosting company Netkl yang amat popular dikalangan usahawan internet yang mempunyai bajet yang minimum dan mempunyai reputasi yang tinggi.

Company yang aku maksudkan tak lain tak bukan adalah web hosting Onebytes.com.my seperti tajuk entry aku kali ni. Aku buat post ni bukan sebab aku dibayar oleh sesiapa nak buat review ni, tapi free je aku review disebabkan ramai dikalangan blogger khasnya masih tertanya-tanya dan tercari-cari syarikat hosting manakah yang amat bagus.

Kalau nak katakan company mana paling bagus, aku sendiri pun tak tahu, tapi aku boleh kasi recommendation yang mana company yang aku host blog aku skang ni sudah setahun bersama dengan Reezluv.com walaupun DNS nya baru je tukar beberapa minggu yang lepas…hehe.

Kalau korang nak tau kisah Reezluv.com ni pada bulan 10 tahun lepas yang mana aku sebelum ni ada domain name iaitu Reezluvdesign.com yang mana aku tulis kesemuanya dalam bahasa Inggeris. Memang aku tahu yang BI aku ni bersepah nak mampus..haha..itu pun ada gak advertiser contact aku nak advertise di blog aku..USD75 plak tu.haha.. Read the rest of this entry »

Tutorial: Menghasilkan Order Button Menarik

1

Posted by reezluv | Posted in tutorial | Posted on 16-10-2009

Sebelum aku gerak ke JB pada Jumaat malam nanti, aku nak kongsikan sesuatu ngan korang iaitu tutorial ringkas bagaimana korang boleh design order button yang cantik untuk sales page korang. Macam mana rupa nanti order button tu korang leh tengok sendiri kat gambar yang telah aku letakkan kat atas tu..

ok jom buat sama-sama ye.. Read the rest of this entry »

Adakah Video=$$$?

2

Posted by reezluv | Posted in Bisnes Internet, berita hot | Posted on 24-08-2009

Pernah tak korang terbaca kat mana-mana artikel atau forum-forum yang seringkali menerangkan tentang video juga boleh menjana pendapatan? Betul ke? Mesti ramai yang duk tanya..tapi zaman sekarang ni semuanya bukan mustahil kan? Jual kondom kat Ebay pun leh laris, apatah lagi pasal video ni.

Cara buat duit dengan video ada banyak cara..salah satunya masa orang kawen la..kalau korang terer bab-bab video editing ni dan terer wat compositing dan memacam lagi..memang la leh wat duit kat advertising company..tapi… Read the rest of this entry »

Related Posts with Thumbnails