Posted by reezluv | Posted in photography | Posted on 26-01-2010
Berdasarkan pada tajuk yang aku letakkan kat atas tu bersesuaianlah dengan outing kali kedua yang bakal aku join kali ini iaitu Saturday Shootout yang dianjurkan oleh Perak Alpha Legion. Semua keterangan tentang event tersebut korang leh rujuk lebih lagi kat sini.

SATURDAY SHOOTOUT!
30/01/10
1300 – Meet up at Ipoh Railway Station
1400 – To Kellie’s Castle
1630 – Oldtown shootout + tea time + Asar prayer
1900 – Maghrib prayer + break
2000 – Gerbang Malam shootout + cityscape
2200 – Ipoh Padang + group photo
0000 – End
please bring your own transport!
Dah lama sebenarnya aku tak beraksi dan bermesra ngan kamera aku tu..sebab sibuk dek blogging ngn kerja-kerja lain yang kena setelkan, so kali ni aku rasa nak snap habis-habisan dengan kamera aku tu..haha..speedlight pun tak beli lagi + tripod pun sama la..bukan takde duit..tapi duit tu pegi ke lain plak.hehe..mungkin aku nak start tangkap gambar orang kawen ni lambat lagi la agaknya..mana tak nya..memacam aku plan..semuanya still dalam progress lagi. Read the rest of this entry »
Ok, akhirnya siap juga report aku yang aku duk heboh nak kasi free kat korang tu. Tapi minisite dengan final editing report tu je aku ngah buat skang ni. Nak masukkan link memane yang patut dan juga edit apa-apa yang rasa tak patut. Actually aku nak beli sekali hosting baru untuk bisnes aku yang akan datang dan ini merupakan permulaan bagi segalanya.
Apa produk tu? Meh tengok gambar kat bawah ni. Ini merupakan snippet untuk ecover yang akan diberikan free nanti. Belum siap lagi sepenuhnya. Sebab aku nak setup minisite lagi dan mungkin mengambil masa seminggu juga la untuk siap. Nak install affiliate lagi dan banyak lagi la.

Rahsia apa ye?
So pada sesape yang nak download report ni boleh dapatkan nanti, tunggu lah pelancarannya yang akan dibuat tak lama lagi. Jangan lupa lak nak subscribe blog ni untuk dapatkan berita terkini mengenai report free ini. Korang jangan risau, harga untuk report berbayar nanti tak mahal mana pun. Secara tak langsung korang boleh buat duit lagi dengan affiliate yang bakal aku jalankan nanti. Peluang ada di depan mata, sesape yang list yang banyak tu, jangan ketinggalan untuk dapatkan komisen.
Rahsia apa ye tu?Kalau korang terer cuba teka?Sape betul aku kasi free je produk tu kat korang.Mesti 99%betul..hehe..betul ni, aku tak tipu..
Posted by reezluv | Posted in Bisnes Internet, blogger | Posted on 03-01-2010
Alhamdulillah baru tadi telah selesai satu transaksi yang menunjukkan satu permulaan yang baik bagi salah satu blog niche aku..walaupun amaunnya sedikit, tapi Insyaallah nanti tak lama lagi bakal berubah..hehe..start small dan melangkah dengan big..hehe..tapi aku tak target sangat pun nak dapat banyak-banyak dari blog..jadi la kalau takat USD30 sebulan dah Alhamdulillah syukur sesangat.

payment blog
Bukan buat apa pun kan?Duk umah,update blog..santai jek..memang terbukti blogging itu cool..haha..diam-diam jek dapat USD7.00, sapa nak kasi kan? Tu baru satu..kalau ada 10 payment sebulan camne?ha..tak ke best namanya? Aku sebenarnya masih menanti satu lagi payment sebenarnya. Boleh plak kata tak boleh bayar..tapi baru je jap tadi dah ada orang lain bayar..kenapa plak dia tak boleh?
Camne ye aku buat tetibe je dapat USD7.00 ni eh?Hahaha..rahsianya semuanya ada di Seminar Smartblogging dari Rohaizad.com. Mungkin cara aku lembab dan dapat pun sikit..mana tau satu hari dapat banyak..who knows?hehe..apa pun sebenarnya target aku bukan dari blogging sepenuhnya..banyak lagi source income aku..dan yang paling banyak aku target adalah dari service design yang bakal berubah pada tahun ini iaitu 2010..bila tarikhnya, taktau lagi sebab aku masih tak terima lagi Coveraction Pro tu..masih shipping lagi..belum sampai ke rumah aku lagi nampaknya..
Ya..itu dia korang…satu site baru, baru je aku kasi tau kat korang apa dia yang selama ni aku rahsiakan sesangat tu..haha.akhirnya aku dah dedahkan kat korang. Kalau korang pegi melawat url tu, korang hanya dapat tengok ni jek

Malayacovers.com
Seperti yang korang lihat tu, sebenarnya bukan design sebenar bagi keseluruhan site tersebut. Sebenarnya aku ada satu projek besar yang bakal aku buat pada tahun 2010 nanti melibatkan ramai designer minisite dan ecovers di Malaysia ni. Di mana aku nak himpunkan serta menjadikan site ini satu tempat untuk mereka mendapatkan design ecover dan juga minisite dengan lebih professional tanpa menempah dengan designer dari luar negara dengan harga yang mahal. Tentu yang baru nak mula tu terasa juga sebab permulaan kos untuk minisite korang tahu je la kan bagi oversea market, tak gitu? Read the rest of this entry »