Jom Minum Coke?

7

Posted by reezluv | Posted in blogger, info | Posted on 16-07-2009

Photobucket

Salam semua..korang minum Coke tak? Bagi sesape yang selalu gi fast food restaurant tu mesti ada yang selalu order dan mesti ada yang menjadi salah satu minuman kegemaran korang kan? Masa umur aku muda remaja aka bebudak lagi..memang ini lah menjadi salah satu minuman peberet sebab cepat ilangkan dahaga atau rasa pedas..hehe.. Tapi bila aku start tau tentang Coke ni dan juga kandungan gula yang amat tinggi dalam minuman bergas..totally aku banned selama-lamanya dari list minuman aku..rasanya dah 5-6 tahun aku tak minum Coke kot..haha..korang tak caya? Ikut suka korang le kan..

Tapi sejak dua tiga minggu ni minat aku terhadap minuman petroleum (panggilan aku untuk membenci..hehe) ni  makin mencanak plak rasanya..ini disebabkan oleh pengaruh kat tempat keje?Hahaa…meh aku citekan napa aku rasa minat plak tetibe kat gadis bernama Coke neh..

Adalah satu hari tu satu parcel sampai ke ofis aku, tertulis nama pegawai aku kat situ..then kitaorang pun pakat tanya la..apa die tu eh? Dia secara terus terang bagi tau..dalam tu ada botol Coke..semua buat muka pelik..hehe..takkan la botol Coke je? Then dia bukak dan tunjukkan..ha..botol Coke dari UK, member die kirim dari sana..pergh..start situ die pun cite hobi serius die dalam mengumpul produk Coke dari seluruh dunia. Pegawai aku neh memang aku salute kat die..nanti aku letak kat blog aku neh dan aku nak buat sesi interview bersama die nanti.hehe..dan aku akan tunjukkan juga antara koleksi yang dia ada..memang kagum weh…

Dia ada first bottle Coke In The World..segala jenis botol Coke dia ada dan setiap kali dia ke luar negara..dia akan cari botol Coke..bukan yang kosong..tapi yang masih ada air belum bukak lagi..pegawai aku tu gak ada botol Coke yang besau setinggi separuh badan manusia..bayangkanla besar mana tu kan. Ha..tak lupa juga..die ni gak merupakan salah seorang pemegang Malaysia Book Of Record’s bagi kategori Pengumpul Kad Telefon Terbanyak di Malaysia ni..dengar cite die nak buat satu event untuk letak nama dia lagi kat dalam buku tuh..nak buat artwork muka-muka Perdana Menteri Malaysia dengan menggunakan gabungan warna kad telefon yang beliau ada dari seluruh dunia..dia kumpul sejak dia muda lagi…masa dia menuntut di UK dulu..kad tu dia dapat free je dan dia rasakan menarik kumpul kad telefon yang pelbagai warna dan ikut la musim-musim tertentu..ala yang macam yang kita lihat skang ni kan..banyak la design-design ikut musim perayaan ke ape ke.

Berita baik plak skang ni, aku plak dah start minat dengan hobby mengumpul apa juga produk yang berkaitan dengan Coke..terutamanya botol Coke la..kalau korang search kat Ebay tu..korang tengok je la harganya kan..so untuk first start.aku start beli satu botol Coke di Ebay iaitu botol Coke from Japan..kalau korang nak tengok..camni la rupanya..

Photobucket

Photobucket

So kalau korang ada barang-barang Coke yang korang rasa nak buang tu, elok rasanya korang pos je kat aku nanti..hehe..nanti aku bayar le pos punya fees tu..:D

p/s:Tadi pegawai aku cakap dia nak kasi botol Coke sebagai encouragement untuk aku..hehe..best2..tak sabar nak gi melawat gallery kat umah dia tuh..

Kajian Keyword di ManualNewbie,Camne tu?

9

Posted by reezluv | Posted in Bisnes Internet, web review | Posted on 09-06-2009

Ok..salam malam semua ye.Pada post kali ni aku nak kasi kat korang sesuatu yang valuable untuk korang bagi sesapa yang baru nak buat research keyword. Mungkin perkara ni dianggap remeh..termasuk la aku pada mulanya.Tapi dah lama baru aku sedar yang perkara ini amat penting dalam pembinaan sesuatu blog atau laman web sebelum ianya dibina..Niche..satu perkataan yang amat sinonim dalam dunia blogging atau Internet Marketing. Read the rest of this entry »

Blog Widget by LinkWithin
Copy Protected by WP-CopyProtect Thanks to Chetan.

Dont want to go to the cinema? Watch Movies Online.