Apa Itu Affiliate?

0

Posted by tengku fariz | Posted in Bisnes Internet | Posted on 09-02-2010

APA ITU AFFILIATE?

Sebenarnya, Affiliate ini adalah cara bisnes di internet yang paling mudah.

Anda boleh menyertainya tanpa mengeluarkan satu sen pun. Affiliate ini terbahagi
kepada tiga bahagian yang utama iaitu Affiliate berdasarkan Downloader (PPL) dan juga Affiliate berdasarkan Jualan (PPS) dan juga Affiliate berdasarkan Klik (PPC).

1. Pay-Per-Sale – PPS (Dibayar berdasarkan Jualan)
2. Pay-Per-Lead – PPL (Dibayar berdasarkan Download)
3. Pay-Per-Click (Dibayar berdasarkan Klik)

Tip No.1: Mencari Program Affiliate yang Menawarkan Komisen Yang Tinggi

Tidak kira samada anda mencari prospek samada untuk produk yang berharga $10, $100, $500 atau lebih, anda tetap perlu mencari trafik yang berminat untuk membeli tawaran produk affiliate anda. Bagi sesetengah produk yang berharga murah, kebiasaanya ianya mempunyai kadar pembelian yang tinggi. Sebagai contoh:

Andaikan anda menjumpai pelbagai produk yang berada di dalam kategori niche yang sama dan menawarkan komisen 50%. Sekarang mari kita analisa tawaran tersebut:

- Produk A yang berharga $20 (komisen anda – $10) mempunyai kadar pembelian 5%. Ini bermakna, jika ada 100 orang melihat tawaran produk A, 5 orang daripadanya akan membeli produk tersebut. Ini bermakna, anda kini menjana komisen yang bernilai $50.

- Produk B berharga $100 (komisen anda – $50) dan memiliki kadar pembelian 3%. Ini bermakna, setiap 100 orang yang melihat tawaran untuk Produk B – 3 orang akan membelinya. Jadi, anda telah berjaya meraih komisen sebanyak $150.

:: Adakah anda memahami apa yang sedang saya cuba sampaikan?
Apa yang sedang saya cuba sampaikan adalah – pilihlah produk yang mempunyai komisen yang tinggi (dalam contoh ini – komisen yang paling tinggi adalah $50). Hal ini kerana, anda akan melakukan usaha yang sama bagi menarik trafik untuk melihat tawaran produk affiliate anda. Anda juga bakal memperuntukkan masa yang sama untuk menulis artikel, meletakkan komen di blog-blog, mengiklan dan menyertai forum dan aktiviti-aktiviti pemasaran yang lain. Masa yang sama, tetapi komisen yang lebih tinggi .

Tip No. 2: Mencari Tawaran yang Menawarkan Komisen yang Berulang-ulang

Jika anda mahukan komisen affiliate yang lumayan, anda perlu menjual lebih banyak (volume) dan lebih tinggi harga produk affiliate tersebut.

Daripada anda mempromosikan produk yang menawarkan sekali sahaja pembayaran komisen affiliate, bukankah lebih baik jika anda mencari produk affiliate yang menawarkan pembayaran komisen secara berulang-ulang? Sebagai contoh, produk affiliate yang berkonsepakan ” recurring billing membership site”.

Apa yang perlu anda lakukan adalah mempromosikan sekali sahaja produk affiliate tersebut…tetapi anda bakal dibayar komisen setiap bulan selagi pembeli tersebut membayar yuran keahliannya. Maka, dengan sedikit usaha kajian di awal pemilihan produk affiliate – anda kini mampu meraih pendapatan pasif daripada program affiliate yang anda sertai

Tips 3: Memiliki Senarai Nama Opt-In

Mungkin anda telah muak dengan tip ini. Tip yang sama diulang acap kali oleh kebanyakan guru-guru internet marketing.

Tetapi, percayalah ini adalah cara yang paling berkesan.
Mari kita lihat contoh di bawah ini:

Contoh: Andaikan anda menjalankan promosi untuk produk affiliate anda. Jika kadar pembelian adalah 2% – iaitu setiap 100 orang melihat tawaran tersebut, 2 orang daripadanya membeli produk tersebut…manakala 98 orang pula hilang tanpa dapat dikesan! Wah! ruginya anda.

Jadi, daripada mempromosikan link affiliate anda terus ke halaman produk affiliate, adalah lebih menguntungkan jika anda menghantar mereka ke squeeze page milik anda – yang terdapat borang opt-in dan tawarkan sesuatu yang berguna secara percuma (contoh: ebook, special report, minisite percuma).

Daripada menampal link affiliate anda di sana dan di sini tanpa tentu hala. Adalah lebih menguntungkan jika anda menangkap senarai nama dan alamat email address prospek anda. Selepas itu, anda bina hubungan yang baik dan promosikan produk affiliate yang menarik perhatian mereka.

Tahukah anda? Kebanyakan orang lebih selesa untuk membeli daripada orang yang mereka kenal sahaja?

Jadi, miliki senarai nama dan alamat email, perkenalkan diri anda, tawarkan maklumat yang berguna secara percuma kepada mereka, bina hubungan yang baik dan akhirnya, anda boleh menawarkan link affiliate anda yang boleh menguntungkan kedua-dua belah pihak [Senarai nama anda - tawarkan mereka produk yang boleh memudahkan urusan mereka dan anda sendiri (komisen)]. Read the rest of this entry »

Tutorial: Bagaimana Hilangkan Comment Di Page Blog Wordpress

1

Posted by reezluv | Posted in tutorial | Posted on 08-12-2009

Blogging merupakan salah satu aktiviti yang amat best dilakukan sebab ianya amat santai kan? So kali ni aku nak berikan sedikit tutorial yang amat berguna bagi korang yang tak mahukan comment di sesetengah page yang telah korang buat. Contohnya di blog aku ni, aku sebenarnya tak bape nak ada komen kat page Service atau pun page yang lain bagi aku tidak ada kena mengena sedangkan korang boleh gunakan contact form untuk contact aku bukan?

Jadi kenapa nak susahkan diri sendiri dengan meletakkan no telefon atau email korang di comment tersebut sedangkan semuanya boleh dilakukan dengan menggunakan contact form yang telah aku sediakan. Erm..baru tadi ada comment di page service dan juga page contact form pun ada..pelik aku..haha.tapi takpe lah, aku dah contact dia semula melalui emailnya.

Tutorial ini sebenarnya aku dapat dari Sabahan.com yang mana merupakan salah seorang pro blogger dari Malaysia. Seingat aku beliau pernah menjadi salah sorang ahli forum ni Wangcyber.com, tapi beliau sekarang membawa haluan sendiri kerana rentak beliau sudah terlalu jauh…

Jom kita buat sama-sama ye. Read the rest of this entry »

Update Pertandingan Komen Terbanyak!

12

Posted by reezluv | Posted in Bisnes Internet, berita hot, blogger | Posted on 28-07-2009

Photobucket

Pertandingan Komen Terbanyak di Reezluv.com sebenarnya masih lagi diteruskan. Tetapi disebabkan aku tengok bilangan peserta yang masuknya agak kurang memberangsangkan atau boleh kata takde langsung, maka dengan ini untuk bulan Ogos 2009 dan seterusnya, maka aku tutup pertandingan komen terbanyak di Reezluv.com secara rasminya.

Tetapi berita baik bagi mereka yang mendapat top commentator pada bulan ini iaitu Julai, ada hadiah istimewa aku akan hadiahkan kepada pemenang bertuah..dan sudah semestinya hadiah tersebut amat bernilai dan rasanya melebihi RM200 nilainya.

So untuk update pertandingan komen terbanyak bagi bulan Julai 2009 adalah seperti berikut: Read the rest of this entry »

Home Sweet Home

5

Posted by reezluv | Posted in berita hot, info | Posted on 28-06-2009

Salam semua pembaca blog aku, walau aku tau yang tak la ramai mana yang baca blog aku sepeninggalan aku ke KL tempoh hari, tapi aku akan tetap update blog ini seperti yang dijanjikan.Masa kat KL aritu aku tak sempat nak update blog sebab laptop aku pun tak bawak.

Aku hanya bawak D90 aku sahaja untuk tangkap gambar..memang banyak la picture yang aku duk snap hari-hari rasanya dah dekat 1000 kot. Erm..photo tu semua adalah photo bebudak opis jabatan aku dan juga beberapa keping yang aku dapat snap di luar..

Aku tak sempat lagi transfer kan kesemua photo tu ke laptop aku sebab baru je aku sampai petang tadi. Letihnya tak hilang lagi nampaknya. Mungkin esok aku cuti rehat kot untuk hilangkan letih kalau tak kang kat opis esok, bengkok plak nanti. Read the rest of this entry »

Blog Widget by LinkWithin
Copy Protected by WP-CopyProtect Thanks to Chetan.

Dont want to go to the cinema? Watch Movies Online.