Posted by reezluv | Posted in Bisnes Internet | Posted on 07-03-2010
Pada hari minggu ni aku nak kongsikan kat korang lagi satu cara untuk make money dari internet yang mana cara untuk buat duit ini akan aku kongsikan sendiri secar percuma LIVE di blog ini sahaja. Caranya sekarang adalah rahsia..tapi bila dah ada earningnya nanti baru aku akan kongsikan kepada kalian semua ye.

Aku ada satu domain yang aku malas plak nak guna disebab ada beberapa masalah berlaku masa nak setup blog tu sampai aku sendiri naik fedap dan aku rasa akan beli domain lain pasni dan juga hosting dari company lain..masih lagi aku mencari service hosting dari oversea.Aritu hampir nak ambik, tapi sekali masa nak bayar..lain pulak harganya..so masa tu memang aku kensel la.
Berita terbaru juga tentang aku ni, Insyaallah lagi 2 minggu aku akan menghadiri kursus Induksi di Pulau Pangkor yang mana aku akan ada di sana selama seminggu lebih dan kepada agen affiliate yang mendaftar affiliate Buat Duit Grafik, news tersebut akan diupdate di page depan affiliate nanti eh.
Last week aku ada sesi revision dengan Shafawi dimana beliau agak buntu rupanya nak dapatkan income dari blog beliau tu, dan aku dengan secara senang hati bagitau cara yang best yang mana dia tak terpikir pun..memang betui la kata Ijad..nak tengok, kena tengok betul-betul..kan?hehe..tadi bro Shafawi chat ngan aku jap kat Gtalk, katanya baru je dapat USD30 hasil teknik yang aku berikan tu..aku cakap kat die..tu baru sikit je..nanti ada banyak lagi akan datang.buat la selalu..hehe..ini semua pun pasal aku pegi Seminar Smartblogging yang dianjurkan oleh Rohaizad.com dan juga Wanmus Technology yang mana aku amat puas hati dengan bayaran yang dikenakan. Apa nak heran pun, dah dapat balik dah modal tu..tak sampai pun sebulan..haha..
Ok, berbalik tentang cara buat duit dengan domain ni, cara ni aku rasa dah lama, cuma aku je yang baru nak try…so sape yang nak ikut tu boleh subscribe blog ni dan dah ada earning nanti akan aku tunjukkan step by step dari peringkat beli domain sampai la cara nak dapatkan earning tu nanti ok?
Posted by reezluv | Posted in blogger, web | Posted on 05-03-2010

Bagi yang suka berblogging mesti nak tahu macam mana la nak dapatkan pelbagai info yang amat best untuk memantapkan lagi usaha blogging mereka dan juga memantapkan blog mereka untuk mendapatkan earning dari program-program yang boleh menjana pendapatan dari blog mereka selain adsense..
Setakat ni, income dari blog aku bukanlah dari adsense tapi sebenarnya dari direct advertising yang mana advertiser akan contact aku untuk advertise di blog aku, semestinya adalah blog niche dan bukan blog personal aku..tapi kalau korang nak tahu..baru 2 minggu lepas, blog ini pun ada gak yang sudi untuk mengiklan walaupun aku tak advertise dan juga blog nya berbahasa selain English adanya..
Ok malas aku nak cakap banyak lagi, meh aku hidangkan kat korang antara video-video untuk wordpress blog korang. Ada pelbagai tutorial yang menarik untuk korang saksikan dan gunakan untuk blog wordpress korang..ingat..blog wordpress sahaja tau. Read the rest of this entry »
Posted by reezluv | Posted in grafik, produk | Posted on 02-03-2010
Seperti yang korang dapat lihat di header blog ini atau di sidebar blog ini. Mesti korang tertanya-tanya produk apakah itu ye? Ok, itu merupakan produk terbaru aku iaitu Rahsia Duit Grafik yang mana terdapat pelbagai jenis panduan yang berguna bagi sesiapa yang ingin menjana wang dengan pengetahuan grafik walaupun korang bukannya bekerja sebagai grafik designer full time.

Di dalam ebook-ebook ini, aku akan revealkan di mana korang akan dapat menyelongkar rahsia-rahsia yang selama ini aku buat untuk mendapat income hasil dari kerja-kerja design. Terdapat juga teknik untuk korang mendapatkan client pertama dengan cepat dan mudah.
Alhamdulillah baru je tadi telah setel deal aku dengan salah sorang web developer dan dia menawarkan untuk JV dengan dia kerana nampak aku punya design di salah sebuah forum dan berminat untuk bekerjasama dalam menawarkan perkhidmatan design ini. Tengok? Bukan kah ianya amat menguntungkan bukan? Read the rest of this entry »
Posted by reezluv | Posted in berita hot, blogger | Posted on 01-03-2010
Berita baik diucapkan kepada pembaca setia blog reezluv.com yang mana sekali lagi pada hari ini aku akan mengadakan satu lagi pertandingan, iaitu pertandingan teka jumlah komen di blog Reezluv.com.

Kalau korang tengok screenshot di bawah merupakan sedikit gambaran komen yang telah ada di blog ini yang mana akan diketahui kelak pada penghujung bulan Mac ini.Ok..apa syaratnya pula ye?
Antara syarat untuk menyertai pertandingan ini adalah seperti berikut:
1.Peserta diminta membuat satu review tentang blog reezluv.com yang mana satu blog post dengan link kepada post ini atau ke domain reezluv.com.
2.Peserta boleh menghantar jumlah tekaan sebanyak 3 kali sahaja iaitu sebanyak 3 cubaan.
3.Submission tekaan adalah pada atau sebelum 30 Mac 11.59 malam. Pemenang akan diumumkan pada hari berikutnya.
4.Untuk menghantar tekaan, sila gunakan contact form yang diberikan. Hanya peserta yang mempunyai syarat-syarat seperti di atas akan disenaraikan.
5.Jumlah komen adalah sehingga 30hb Mac 2010 iaitu pada pukul 11:59 malam
Hadiah adalah seperti berikut :
Tempat pertama – RM50 beserta peluang menjadi affiliate agen BuatDuitGrafik + mendapat RahsiaDuitGrafik secara percuma!
Tempat kedua-RM30 + peluang menjadi affiliate agen
Tempat ketiga -RM20
Segala keputusan adalah muktamad.