Pertandingan Review Terbaik di Reezluv.com

16

Posted by reezluv | Posted in berita hot, blogger | Posted on 25-07-2010

Ok seperti yang dijanjikan, aku akan mengadakan satu pertandingan iaitu Pertandingan Review Terbaik sepanjang zaman…apakah maksudnya? Syarat pertandingan tak susah sangat pun..senang jek..Berikut merupakan syarat-syarat yang harus dipatuhi:

1.Review dibuat adalah tentang Reezluv.com sahaja dan mesti mempunyai sekurang-kurangnya satu link ke main page dan satu di mana-mana post yang anda minat, pilihlah ye.

2.Bilangan patah perkataan minimum adalah sebanyak 500 patah perkataan sahaja, rasanya tak susah kan?

3.Tiada ayat berunsur bodek,pujian atau hasutan yang mana kalau dikesan, markahnya confirm akan kurang..nak buat boleh..tapi kalau nampak jelas tu..kompom la aku takkan pilih.

4.Review hendaklah dibuat di blog anda sendiri sama ada blog berbayar atau yang free. Kalau yang free plak, pastikan blog anda sudah berumur minimum 3 bulan. Blog yang baru dibina khas untuk review ini tidak akan diterima.

5.Tarikh tutup penyertaan adalah pada 1 Ogos 2010 dimana pemenang akan diumumkan pada 2 Ogos 2010 dan akan dihubungi melalui email yang disertakan. Kalau email palsu..say goodbye la ye.

6.Hadiah hendaklah dituntut dalam masa 24 jam, jika tidak akan diberikan kepada tempat kedua dan begitulah seterusnya.

Setelah korang tahu apa syarat-syaratnya,,mari kita lihat apakah hadiah yang bakal dibawa pulang oleh peserta pada 2 Ogos nanti? Read the rest of this entry »

Tak Kenal Maka Tak Cinta

0

Posted by reezluv | Posted in blogger | Posted on 23-05-2010

Gitu lah perumpamaannya..tak kenal maka tak cinta..apa ke benda tu?  Maksud aku adalah dalam konteks blogging…sape yang kenal blog tu ape..memang akan jatuh cinta padanya..begitulah pada aku adanya..hehe..Ok, pada entri kali ni aku akan kenalkan kat korang sorang awek bernama blog..jom sama-sama kita kenalan ye dengan lebih mendalam lagi apa tu blog sebenarnya.

Dari segi definisi sebenarnya korang boleh la rujuk di Wikipedia yang mana korang leh dapatkan info secara lanjut dan sejelas-jelasnya tentang blog. Kalau nak cite tentang sejarah dan lain-lain tu memang akan jadi sebuah ebook jadinya kalau nak diceritakan. Kat sini aku hanya akan terangkan perkara-perkara yang jarang diterangkan…terutamanya kat Wikipedia tuh..

Kalau korang baca apa yang Wikipedia tu definisikan korang dapat gambaran serba sedikit tentang apa itu blog..masih ingat lagi aku pada masa aku form 1…blog tu orang selalu cakap..”Ala..blog ni macam diari..orang tulis isi hati dan cerita macam diari tu…”

Memang pada mulanya ianya lebih berbentuk sedemikian..tapi lama kelamaan, ianya menjadi satu trend dimana ada yang kongsikan hanya topik-topik tertentu sahaja seperti graphic design,web design,technology, travel dan sebagainya..Akhirnya blogging ini telah berjaya menghasilkan satu lagi budaya baru..iaitu membaca blog…Sayang sekali kita di Malaysia agak lambat untuk mengetahui akan kelebihan blog ini. Tapi sejak pilihanraya yang lalu, baru lah kerajaan amat sedar akan perkara ini sedangkan kita sebenarnya dah jauh sangat kebelakangan dalam bidang blogging ini. Cuma sekarang ini muncul ramai blogger-blogger dari tanah air yang amat popular mengikut niche mereka sendiri.. Read the rest of this entry »

Cara Setup Bisnes Online Di Rumah Part 2

3

Posted by reezluv | Posted in Bisnes Internet | Posted on 02-05-2010

Ok setelah habis part pertama iaitu untuk cara setup bisnes online di rumah, kini mari kita teruskan dengan part kedua plak. Kalau korang dah khatam bab satu tu, bolehlah pegi ke step dua ni. Bagi yang dah tau setup blog tu, memang takde masalah kan?

Setelah korang ada email,dan juga blog (berbayar atau percuma) apa yang perlu korang buat adalah menetapkan kategori-kategori produk anda. Jika produk anda tiada kategori, abaikan. Contoh kategori yang boleh korang buat adalah seperti jika produk korang hanya untuk wanita seperti tudung..kategorikan blogpost korang tu seperti dalam kategori warna berbeza, atau jenis atau mungkin jenamanya. Ini bagi memudahkan pembeli memilih kategori yang mereka minat di samping mudah bagi pembeli untuk mendapatkan barangan anda secara teratur.

Apabila selesai, pastikan korang telah melakukan kajian tentang kos penghantaran yang perlu di ambil kira. Antara kos yang perlu di ambil kira adalah seperti berikut: Read the rest of this entry »

Cara Setup Bisnes Online Di Rumah Part 1

2

Posted by reezluv | Posted in Bisnes Internet | Posted on 01-05-2010

Pada post kali ini mungkin agak menarik bagi korang yang ingin menubuhkan online bisnes korang yang tersendiri dengan kos yang amat rendah atau sebagaiannya adalah PERCUMA..post kali ini agak panjang, so harap sabar membacanya ok?

Kita mulakan dengan langkah pertama iaitu memilih apakah bisnes yang ingin dijalankan. Pada post ini aku akan guide korang cara nak buat bisnes online jika korang ada produk sendiri atau korang mempunyai barang atau servis untuk dipasarkan diinternet.

Baiklah, kita mulakan dengan tools-tools yang korang perlu ada untuk memulakan bisnes online ini secara ringkas: Read the rest of this entry »

Related Posts with Thumbnails