Posted by reezluv | Posted in berita hot | Posted on 25-08-2010
Ketika ramai yang duk bising tentang bonus akhir tahun, Alhamdulillah kerajaan Malaysia telah mengumumkan bahawa sejumlah wang akan diberikan kepada kesemua kakitangan awam bagi Gred 1 hingga 54 dan juga pesara kerajaan iaitu sebanyak RM500 sebelum Syawal menjelma.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Duitraya_RM500untukkakitanganawam_pesara/Article
Rasanya memang amat ditunggu oleh kesemua kakitangan awam yang mengharapkan sesuatu, dan juga mesti ada yang akan bising terutamanya kakitangan swasta. Mereka sudah pasti ada rasa tak puas hati walaupun mereka kekadang tu dapat bonus sampai 6-8 bulan gaji, tidak seperti kakitangan awam. RM1000 bonus tu pun dah kira banyak..ini kan pula bonus sampai 6 bulan gaji.
Antara perkara yang selalu diutarakan adalah kerja yang dilakukan oleh penjawat awam tidak berkualiti, lembab, selalu curi tulang dan sebagainya. Aku sebagai kakitangan awam juga tak dapat lari dari isu ini yang mana ianya bergantung kepada nilai dan akhlak bagi seseorang kakitangan awam. Untuk pengetahuan korang, semua kakitangan awam sebenarnya sebelum mereka menjawat jawatan yang sedia ada, mereka sentiasa diterapkan dengan aspek atau nilai integriti sebagai kakitangan awam demi menjawa reputasi dan juga prestasi kakitangan awam.
Mungkin ada segelintir yang amat selesa dengan kerja ‘makan gaji’ yang mana tiap ujung bulan akan ada je duitnya dan oleh itu, ramai yang bersikap sambil lewa dan tidak berusaha untuk memantapkan prestasi kerja mereka kerana takut digelar..“GILA KUASA” dan sebagainya.
Apa pun tahniah diucapkan kepada semua kakitangan awam dan semoga dapat mempertingkatkan prestasi diri dan juga prestasi kerja dari semasa ke semasa supaya tidak digelar sedemikian rupa.
Aku lega gak sebab raya ni leh gak la raya sakan sikit sebab ada duit raya tambahan dari kerajaan Malaysia dan juga duit raya dari Google..:P
p/s: dengar cite nanti ujung tahun ada bonus sampai RM2000..betul ke?













