Pertandingan Teka Jumlah Komen-RM100!

2

Posted by reezluv | Posted in berita hot, blogger | Posted on 01-03-2010

Berita baik diucapkan kepada pembaca setia blog reezluv.com yang mana sekali lagi pada hari ini aku akan mengadakan satu lagi pertandingan, iaitu pertandingan teka jumlah komen di blog Reezluv.com.

Kalau korang tengok screenshot di bawah merupakan sedikit gambaran komen yang telah ada di blog ini yang mana akan diketahui kelak pada penghujung bulan Mac ini.Ok..apa syaratnya pula ye?

Antara syarat untuk menyertai pertandingan ini adalah seperti berikut:

1.Peserta diminta membuat satu review tentang blog reezluv.com yang mana satu blog post dengan link kepada post ini atau ke domain reezluv.com.

2.Peserta boleh menghantar jumlah tekaan sebanyak 3 kali sahaja iaitu sebanyak 3 cubaan.

3.Submission tekaan adalah pada atau sebelum 30 Mac 11.59 malam. Pemenang akan diumumkan pada hari berikutnya.

4.Untuk menghantar tekaan, sila gunakan contact form yang diberikan. Hanya peserta yang mempunyai syarat-syarat seperti di atas akan disenaraikan.

5.Jumlah komen adalah sehingga 30hb Mac 2010 iaitu pada pukul 11:59 malam

Hadiah adalah seperti berikut :

Tempat pertama – RM50 beserta peluang menjadi affiliate agen BuatDuitGrafik + mendapat RahsiaDuitGrafik secara percuma!

Tempat kedua-RM30 + peluang menjadi affiliate agen

Tempat ketiga -RM20

Segala keputusan adalah muktamad.

Macam Mana Nak Buat Website?

0

Posted by reezluv | Posted in Bisnes Internet, grafik, tutorial | Posted on 16-08-2009

Photobucket

Macam mana nak buat website? Tolong ajarkan boleh? Ala..free je la..takkan itu pun kemut…..member-member pun berkira ke?Ada tak korang pernah dengar soalan yang cenggitu atau ada request dari sesape..

Bagi sesape yang pernah tanya soklan camtu kat sesape pun la kan..aku rasa susah korang nak dapat jawapan yang best..ada tu memang ada yang akan sudi ajarkan korang..tapi sedar tak korang..ada budak kecik umur belasan tahun je dah ada yang pandai buat website sendiri dengan hanya belajar dari tutorial diinternet?Ha…kalau ada yang umur sampai 30,40 tahun tu tak reti nak belajar gak taktau la aku..benda dah ada di depan mata…takkan la tak reti nak cari..hehe…banyak plak aku membebel..jom kita ushar camne sebenarnya nak design website ni.. Read the rest of this entry »

Affiliate Oh Affiliate

2

Posted by reezluv | Posted in Bisnes Internet | Posted on 02-07-2009

Affiliate merupakan salah satu cabang bisnes internet yang ramai menyukainya. Konsepnya adalah anda menjadi ejen bagi sesuatu produk fizikal atau digital di internet. Agen affiliate akan diberikan satu link khas dan link tu akan digunakan bagi para penyedia program tersebut menjejak dan juga mengenalpasti akan setiap sales mereka itu datang dari mana dan para penyedia affiliate ini akan dapat track dari laman web mereka dan ranking akan dapat direkod pada masa-masa yang mereka inginkan.

Tetapi adakah affiliate ini sama dengan MLM? Bagi yang masih baru mesti ingat..YA!..jawapannya SALAH! affiliate hanya menjadi agen dan anda akan diberi komisen berdasarkan sales yang datang dari URL unik anda itu, ada affiliate yang boleh sampai ke 2nd tier yang mana anda juga akan dapat komisen jika referrer anda juga mendapat sales..anda tidak perlu mencari pair atau menjadi downline atau upline yang mana konsep MLM itu ada perkara-perkara sedemikian bukan?

So kiranya pay per sales la lebih kurang..jika ada sales melalui URL anda pada bulan tersebut anda akan mendapat pulangan yang setimpal mengikut persetujuan yang telah anda baca sebelum anda apply affiiate produk berkenaan. Biasanya ada yang menyediakan komisen seperti RM10,RM20,RM30 dan juga ada yang sehingga RM100 bagi satu sales. Jadi mana satu affiliate yang saya nak pilih dan apa pula teknik yang betul untuk berjaya dalam affiliate?

Korang bernasib baik sebab aku murah hati hari ini nak kasi tips yang best untuk korang bagi sesiapa yang minat sangat dengan affiliate bisnes ni. Bukan korang penyedia affiliate, tetapi agen affiliate. Tetapi sebelum tu, affiliate agen perlu tahu perkara-perkara berikut:

1.Baca sepenuhnya terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh penyedia affiliate dan tidak gopoh untuk menjadi agen disebabkan komisennya yang tinggi setiap sales.

2.Setelah anda menjadi ahli, pastikan anda selongkar semua info yang diberikan kepada anda seperti, syarat dan peraturan, banner yang disediakan, sales letter (jika disediakan), serta info terkini yang biasanya akan terpapar pada muka hadapan page affiliate anda.

3.Anda perlu tahu cara yang terbaik dan dibenarkan oleh penyedia affiliate untuk promote affiliate link anda itu kepada pembeli yang dahagakan produk yang panas itu.

Jadi jom pula aku listkan antara tips-tips yang korang perlu apply jika korang minat nak dapatkan sales yang menggila atau antara cara yang betul untuk korang promote affiliate link korang.

List is MONEY!

-untuk memastikan korang mendapat sales yang menggila dari link affiliate korang tu, pastikan korang mempunyai list di dalam subscriber korang. List antara 500-1000 tu dah kira ok la..tapi kalau more than 10K tu..kiranya mantap la..boleh la dapat sales yang banyak dengan list tersebut.Camne nak build list? Dapatkan Getresponse, Aweber atau Emailaces sebagai autoresponder anda atau kalau korang takde duit buat sementara ni pakai je free autoresponder yang banyak di pasaran..aku taknak ajar camne nak setup kat sini..kang bertahun la korang baca post ni jek.

Promote Wisely, BEWARE!

-promosikan link anda dengan bijak dan bukannya bodoh. kenapa? cara yang agak kurang sopan adalah anda menghantar email pada mana-mana alamat emel yang anda dapat diinternet, dan hanya menyuruh mereka klik link url anda. Adakah ini tindakan bijak? Orang akan terpikir yang die ni hanya nak promote sahaja, ianya digelar SPAM atau unsolicited email from the sender. Iaitu email yang dihantar tanpa kemahuan penerimanya. Berlainan dengan Autoresponder kerana anda menghantar mass email kepada list yang subscribe dari laman produk percuma anda atau laman blog anda untuk mendapatkan tips-tips percuma.

Blog has POWER

-kalau korang berminat nak promote produk affiiliate tersebut melalui blog korang, pastikan juga blog korang tu sudah berada dalam tempoh matangnya. Macam mana tu? Pastikan blog anda diupdate dengan content-content yang berkualiti dan tidak hanya berkonsepkan produk sahaja. Update setiap hari, kerana Google amat suka blog yang diupdate setiap hari! Bilangan visitor amat penting bagi blog anda. Jika anda sudah mencapat tahap 200-10 ribu pelawat sehari, peluang anda untuk mendapat sales dari link affiliate anda amatlah cerah!

Educate, not just PROMOTE!

-gaya dan cara anda promote sudah semestinya penting. Sebagai contoh anda boleh lihat seperti dibawah:

Klik Link ini http://reezluv.com/5minisites

Jika anda perhatikan, jika anda melihat link tersebut, adakah timbul minat anda untuk klik link tersebut dan seterusnya berharap anda mendapat sales?Oh tidak..cuba pula dengan ini:

Ledakkan Sales Anda dengan Design MINISITE TERHEBAT

Sales menggila dengan minisite ini, TERBUKTI!

Masih ragu bukan? Klik Untuk Dapatkan PERCUMA!

-apakah kelainannya? Saya berikan anda masa untuk berfikir dan trace sendiri apakah antara elemen yang menarik perhatian visitor untuk KLIK. Jika produk anda masih baru, dan tidak ramai yang ada pengetahuan tentang produk tersebut, cuba terangkan melalui sales letter anda atau email anda pada subscriber anda itu, dan cuba jelasnkan dan ceritakan sehingga mereka faham, kenapa dan mengapa mereka patut beli, berikan faedah jika mereka membeli, bukannya memberikan janji-janji kosong.

Hide Affiliate Link?

-sorokkan link affiliate anda? kata nak promote, tapi suruh sorok pulak dah? Sorok bukan bermaksud korang tak berikan link tersebut tetapi lebih kepada ‘Cloak’, kira invincible kan la URL korang tu.Kadang-kadang ramai yang tahu itu adalah link affiliate dan ada yang kurang selesa membeli dari link affiliate dan biasanya affiliate link di akhirnya dapat dikenalpasti seperti berikut (’ref=agenid‘)

-korang boleh gunakan Tinyurl.com untuk cloak affiliate link anda itu atau korang boleh gunakan script seperti yang berikan dan hide kan nya di dalam file index.

Download Script

Cara menggunakannya

1.Buka Perisian Notepad

2.Copy code tersebut dan paste kan di notepad

3.Kemudian Save as ‘index.html’

Gunakan file index itu untuk promote kannya melalui url web anda.

Cukup rasanya setakat ini dan nantikan lagi pelbagai info terkini dan menarik dalam bidang grafik,bisnes dan juga teknologi.Subscribe Feed blog ini dan dapatkan latest update terus ke reader anda.

Pertandingan Semakin Panas…

6

Posted by reezluv | Posted in berita hot | Posted on 30-06-2009

Photobucket

Pada petang tadi aku check email, agak terkejut gak aku yang mencanak naiknya bilangan komen apabila aku check email dan lihat ada banyak notification yang mengatakan ada komen-komen terbaru di blog aku.Ok, untuk pengetahuan korang semua, pemenang akan diketahui pada esok petang iaitu selepas aku balik dari ofis pada esok hari dan bukan pada malam ini ya! Read the rest of this entry »

Blog Widget by LinkWithin
Copy Protected by WP-CopyProtect Thanks to Chetan.

Dont want to go to the cinema? Watch Movies Online.