Blog Tidak Sesuai Untuk Menjana Income Sampingan?

6

Posted by reezluv | Posted in Bisnes Internet, blogger | Posted on 23-02-2010

Adakah blog memainkan peranan penting dalam memasarkan sesuatu produk? Jawapannya ada pada korang sendiri. Tak percaya? Blog sebenarnya mempunyai tempoh matangnya yang tersendiri yang mana korang kena la bersabar sebelum tempoh matang tersebut. Ini yang akan menguji seseorang blogger tersebut. Adakah beliau merupakan blogger sebenar atau hanya buat blog sebab orang lain buat blog. So adakah korang juga orang macam tu?

Ada banyak cara nak dapatkan income dari blog, salah satunya adalah menjadi ejen bagi sesebuah website untuk menjual produk atau service yang ditawarkan oleh sesebuah website itu. Biasanya komisen sebanyak RM10 dan ke atas akan diperoleh hasil dari kejayaan seseorang blogger itu memasarkan produk atau service berkenaan.

Cuba korang lihat screenshot yang aku letakkan kat bawah ni. Ini merupakan sales yang aku dapat melalui referral dari blog aku sahaja, yang mana ada 3 pembelian disitu yang mendatangkan sales. Itu baru 3, kalau dapat 10 sales dalam sebulan? Senang-senang je korang dapat RM250 sebulan macam tu jek. Cuba kalau korang ada blog niche yang mendapat komisen sebanyak USD75 bagi satu sales…jika ada 10 sales dalam sebulan tu, korang dah boleh dapat USD750 hanya dengan setting blog, dan update kannya aje.

Seperti sifu aku cakap, income hasil affiliate ni sebenarnya side income blog jek, so tak payah nak letak banyak2..concentrate kan satu atau dua jek..itu lebih baik dari letak banyak2 banner affiliate, dan tiada sales pun dari banner-banner tersebut. Tak gitu?

Bagaimana Nak Jadi Blogger Yang Hensem?

8

Posted by reezluv | Posted in blogger | Posted on 20-02-2010

Seorang blogger biasanya kurang dikenali oleh ramai orang kecuali die meletakkan mukanya di header blognya atau pun mungkin dia taknak dikenali, hanya meletakkan gambar avatarnya di forum-forum yang dia selalu posting..Baru hari tu aku tengok berita TV3 pasal kes Anwar Ibrahim iaitu Kes Liwat tu, baru la aku tau ada plak persatuan blogger..erm..rasanya itu untuk blogger politik je kot. Biar je la depa hidup dengan blog politik depa..asal tak kacau aku sudah..Yang pentingnya aku masih mampu tersenyum tengok kat akaun paypal aku walaupun masa aku demam..hehe.

Apa yang aku heran lagi adalah, bila blogger diberi tempat khas di mahkamah pada masa tu..aku taktau la kot aku dapat masuk ye tak? Mesti rasanya kena register persatuan blogger kot.tapi bagi blogger yang senyap macam kami ni kena ke berpersatuan ke? Tah la..bagi aku tak best sangat pun ada persatuan ni..bukan nak menyuarakan apa-apa pun dan takde plak rasa tak puas hati dengan memane blogger pun..sebab blogging for profit adalah lain berbanding blogging politician di mana kami tak kisah pun apa blogger lain nak buat asalkan tak kacau periuk nasi orang. Tak gitu?

Ok cukup la aku membebel pasal blogger ni semua dan tajuk entry kali ni pun cam dah tersimpang jauh plak dari apa aku cakap kat atas tadi tu kan? Ok, camne nak jadi blogger yang ensem? Cuba korang tengok antara kriteria yang aku berikan kat bawah ni. Ada salah satu, sahlah korang memang seorang blogger yang hensem! Read the rest of this entry »

Google Buzz Atau Twitter Pilihan Anda?

7

Posted by reezluv | Posted in berita hot, blogger, teknologi | Posted on 11-02-2010

YouTube Preview Image

Bagi sesape yang ada akaun gmail tu tentu tahu tentang kewujudan Google Buzz ni. Ada icon pelik dan menarik di bawah link Inbox korang tu kan? Ha..itu la Google Buzz..apabila aku amati tadi, rupanya ala-ala Twitter gitu..siap leh link kan Flickr akaun dan link ngan Twitter akaun gak.Em..nak sembang cam Facebook pun boleh..tak caya? Cuba tengok screenshot kat bawah ni..korang leh komen, add picture dan memacam lagi..memang best la kan?

So memang la sempoi dan best sekali menggunakan Google Buzz ni di samping salah satu cara lagi untuk mendapatkan traffic dengan akaun gmail anda sahaja. Mudah dan simple je. Video di atas tu ada ditunjukkan tentang penggunaan Google Buzz. Jangan ketinggalan untuk mendapatkan akaun Google atau Gmail anda. Tinggalkan Yahoo cepat..hahaa..

Sememangnya aku dah serik ngan Google yang agak lembab bagi aku. Taktau la sebab apa ramai lagi yang duk syok pakai Yahoo Mail..ada la sebabnya kot kan?

Ada sesape yang dah try Google Buzz ni dan apa plak komen korang tentang tools terbaru dari Google ni dan apakah kesan jangka panjang dan kesan jangka pendeknya ye?

Tips Memilih Kamera, Apa Yang Anda Harus Tahu?

2

Posted by reezluv | Posted in info | Posted on 27-01-2010

Pemilihan kamera merupakan salah satu perkara yang memeningkan kebanyakan yang baru nak mula dalam bidang fotografi ini. Tak kira la korang baru nak mula sebagai hobi atau nak jadikan terus sebagai kerjaya. Tapi korang harus juga ingat iaitu pemahaman mengenai teknologi kamera juga perlu di samping pemahaman dalam bidang fotografi ini juga penting jika korang nak lakukannya sebagai kerjaya.Entry kali ini adalah berikutan daripada post yang dibuat oleh sebuah blog fotografi yang amat bermanfaat bagi korang yang nak tahu lebih lagi tentang dunia fotoragfi ni iaitu Fototeacher

Mai kita lihat apa dia yang sampai membuatkan aku rasa nak menulis post tentang fotografi plak kali ni (tebiat ke apa orang tua ni ye?ehe..)

Saya ada terpandang iklan yang mana seorang pemilik kamera DSLR ingin menjual kamera yang baru dibeli sebulan yang lalu. Katanya dia ingin menukar ke model yang lebih canggih kerana kamera yang dibeli tidak memuaskan. Ada dua persoalan yang bermain dalam kepala saya ketika membaca iklan tersebut:

Kenapa sebelum beli tak periksa betul-betul keperluan dan ciri-ciri kamera tersebut?
Apa kurangnya kamera DSLR yang telah dimiliki?

Berikutan daripada post yang dibuat oleh Fototeacher ini aku nak berikan sedikit sebanyak tips yang tak seberapa ni untuk korang fahamkan sebelum korang nak beli apa-apa jenis kamera digital pun, terutamanya DSLR. Ya.itu bagi yang dah beli..tapi camne plak yang tak pernah langsung membeli? Jom kita tengok Read the rest of this entry »

Blog Widget by LinkWithin
Copy Protected by WP-CopyProtect Thanks to Chetan.

Dont want to go to the cinema? Watch Movies Online.