Hidup Seorang Blogger

1

Posted by reezluv | Posted in blogger, info | Posted on 29-08-2010

Seorang blogger sejati sentiasa memikirkan yang terbaik untuk blognya. Tak kira la blognya ada satu, dua mahupun 100 bilangannya. Apa beza orang yang ada satu blog dan ada lebih dari satu blog? Kebiasaannya bagi mereka yang mempunyai lebih dari satu blog merupakan mereka yang mendapat pendapatan dari blog mereka. Tak kira la dari adsense ke, dari teks pengiklanan ke, banner pengiklanan ke, sebagai contoh cuba korang lihat sendiri apa yang ada dibawah ni.

Jelas dan nyata yang beliau inginkan sesuatu dari salah satu blog yang telah aku bina selama ni. Untuk pengetahuan korang juga, blog berkenaan sudah 3 bulan tak update pun..hehe..cuma masih menunggu jawapan dari pihaknya. Sekali lagi yang paling best adalah..advertiser tersebut merupakan dari UK. Hidup seorang blogger ni tak semestinya kita akan didekati oleh golongan tempatan sahaja. Kalau dah nama pun blogger, kalau tak pernah dihubungi oleh orang lain di luar sana tu, sure die bukan berblogging dalam kategori niche blogging.

Bagi yang dah biasa dihubungi oleh advertiser tu, mesti perkara di atas tu tak menjadi kehairanan. Ini disebabkan memang sudah lumrah, ramai yang inginkan promosi secara berkesan walaupun ianya gila!

Cakap Siang Pandang-Pandang…So..Sial..

9

Posted by reezluv | Posted in berita hot, blogger | Posted on 04-08-2010

Sudah tentu korang semua familliar dengan laman sosial yang makin popular sekarang ni iaitu Facebook. Memang tak disangkal lagi kewujudannya memang amat digemari oleh ramai orang, tak kira la tua ke muda ke atau bebudak sekalipun. Adapun laman sosial ini haruslah digunakan dengan sebaiknya dan tidak seharusnya berlaku pelbagai perkara yang mampu membuatkan orang yang melihatnya terguris atau tersinggung.

Baru je kejap tadi aku tengok Aduan Rakyat yang menyatakan bahawa ada pelajar, atau orang awam yang dengan terang-terangan mengutuk salah satu badan beruniform ni Malaysia ini dan kutukan itu disokong oleh beberapa pihak. Tidak kurang juga unsur-unsur fitnah dan juga maki hamun yang tanpa disedari dikongsikan bersama rakan-rakan di Facebook.

Cuba anda lihat sendiri gambar yang telah diletakkan sendiri…penulis beranggapan ianya adalah suatu gurauan..tetapi adakah dia sedar betapa tergurisnya perasaan orang yang membacanya? Apakah yang akan terjadi sekiranya salah seorang pembesar negeri berkenaan terbaca tohmahan dan gurauan tersebut di laman sosial tersebut?Inilah yang dikatakan kerana mulut kemungkinan badan akan binasa..rasanya sukar rasanya penulis tu nak tidur nyenyak disebabkan kenyataan beliau yang mendapat respon yang begitu hangat sampaikan ada yang membuat page khas untuk vote beliau agar dibanned dari laman sosial berkenaan.Semuanya kerana “Biskut”…. Read the rest of this entry »

Blogwalking Adalah Kepercayaan Karut Blogger,Misterinya…

2

Posted by reezluv | Posted in blogger | Posted on 26-06-2010

Pernahkah korang dengar apa itu blogwalking? Kot yang baru kenal blog ni mesti tak tau dan ada gak kot yang tak tau, tapi buat-buat tau? Blogwalking ni dari segi terjemahan pun korang dah tau apa dia..Lebih kurang macam ni la..korang ada blog, dan korang melawat blog-blog kawan-kawan korang atau sama niche ngan korang untuk komen di blog mereka.

Aktiviti ni merupakan satu aktiviti sihat dikalangan blogger. Apa yang tak sihat adalah…korang sure tak keluar peluh!Hahaha..Walau korang buat Blogrunning sekalipun!Hahaha..kelakar plak aku tengok perkataan tu.Blogrunning..hehe

Kelebihan blogwalking ini adalah…anda mampu menghasilkan backlink untuk web anda secara natural.Tapi segalanya anda buat adalah 100% manual.Untuk menghasilkan blogwalking yang baik, anda haruslah juga membaca kandungan blog tersebut sebelum start comment di blog itu. Juga comment yang korang hasilkan tu, jangan la pendek sangat dan terlalu nampak mudah nak kena reject..

Jangan juga korang letak link banyak-banyak kat ruangan komen tu semata-mata malas nak letak link-link korang yang lain tu..Ish..itu malas sangat namanya..

Adakah korang salah sorang blogwalker?

Best Sangat Ke Contact Form Di Blog?

10

Posted by reezluv | Posted in Bisnes Internet, blogger | Posted on 19-06-2010

Contact Form atau borang untuk dihubungi seringkali dipandang remeh..ada yang suka meletakkan alamat email mereka atau hanya meletakkan no telefon mereka sahaja kat blog tu..Ha..sememangnya tak salah korang wat cenggitu..tapi…kalau nak selamat…lebih baik jangan la wat cenggitu..

Kalau korang biasa ‘blog walking’ blog-blog blogger luar negara tu,korang akan dapati akan ada juga ruangan contact kan?

Kenapa depa tak letak je no telefon atau email je..tak ke senang? Read the rest of this entry »

Related Posts with Thumbnails