VO (Voice Over) Di Dalam Video Lebih Menarik?

0

Posted by reezluv | Posted in video | Posted on 29-10-2009

Entry kali ni memang totally berbeza la dengan sebelum sebabnya ada kena mengena dengan dunia Multimedia. Walau aku takla concentrate sangat bab-bab video ni, tapi bagi aku patut rasanya aku kongsikan sedikit perkara mengenai Multimedia di dalam blog aku ni.

Kalau korang nak tau, aku tak bape suka sangat bab editing video..sebabnya aku takde PC yang sehebat iMac untuk edit video atau PC Windows yang mempunyai spec yang besar bagi seorang video editor lagaknya seperti banyak ada kat pasaran skang ni kan..betul? Korang je tak sedar kot..hehe..

Oklah, VO atau Voice Over sebenarnya perkara yang basic sangat dalam pengeditan video..sebenarnya bukan dalam kategori editing..tapi lebih kepada bagaimana sesuatu video itu dibuat sebenarnya. Apa tu voice over dalam video? Kalau korang biasa tengok dokumentari atau filem-filem ala-ala flashback gitu..mesti korang pernah dengar bukan?

Voice over ini adalah di dalam video hanya kedengaran suaranya sahaja dan seolah-olah ada suara lain yang mengolah video tersebut. Kiranya seperti pengolah acara sukan la..Orang main bola, dia bercakap tak berenti macam keretapi.

Contoh senang kalau korang tak dapat nak tangkap lagi, korang leh tengok video yang diarahkan oleh arwah Yasmin Ahmad yang mana merupakan salah satu video terbaik beliau yang aku amat suka sampai ke hari ini. Read the rest of this entry »

Seminar SmartBlogging di UTM Skudai, Jom?

7

Posted by reezluv | Posted in berita hot, blogger, info | Posted on 16-10-2009

Pada malam ni aku akan gerak ke Johor Bahru untuk menyertai seminar smartblogging anjuran Izad Blog Network  dan juga Wanmus Technologies. Tarikhnya adalah pada 18 Oktober 2009 bertempat di UTM Skudai, Johor.

Korang boleh tengok sendiri gambar yang disediakan di web Seminar Smartblogging ini dan bagaimana pula rupa tempatnya nanti. Kalau ada sesape yang tak caya buat blog tu boleh dapat income, memang korang salah..sebab dah ada yang berjaya. Tapi bagi mereka yang nak kaya tu dengan blogging..rasanya lambat..Blogging sebenarnya bukan untuk orang yang nak cepat kaya dan duit segera sekelip mata. Bila dah tak dapat income riban-riban, tinggalkan camtu je blog tu kata itu semua tipu je.

Bagi yang berblog dengan tujuan untuk meluahkan perasaan je, itu pun terpulang la kat korang kan. Ada yang menggunakan blog free dan juga platform WordPress.org di mana korang kena host kan blog korang dengan nama domain dan juga hosting. Itu baru best! Sebab apa aku kata best? Sebabnya sampai skang aku masih rasa tidak jemu untuk berblog dengan domain aku sendiri. Sedar tak sedar dah setahun lamanya blog aku ni bertapak walau pada mulanya pelbagai musibah menimpa kat blog aku disebabkan masalah dengan company hosting lama. Sekarang ni dah ok dan service hosting yang aku gunakan sekarang ni memang best.

Buat pengetahuan korang, aku menggunakan service dari Onebytes yang mana service hostingnya memang tip top dan juga supportnya memang amat membantu clientnya. Kalau korang nak tahu dulu memang hosting aku masalah gila dan company ni la yang membantu aku dari A sampai la ke hari ni dan baru tengah hari tadi dah selamat dah transfer domain ke server Onebytes. Fuh, lega rasanya.

Oklah, rasanya cukup setakat ini sahaja. Lepas je balik dari Johor nanti aku akan siapkan produk baru aku dan submitkan juga info kepada JV member aku nanti untuk maklumat lanjut. Aku kena siapkan dalam bulan ini juga. Design minisite dan juga produk aku serahkan kepada beliau sahaja.hehe..nak tau apa dia? Tunggu je la bulan depan nampaknya..haha..

Hanya di Creattica?

0

Posted by reezluv | Posted in web review | Posted on 09-10-2009

Dah agak lama rasanya aku tak review web ye? Pada kali ni aku akan review sebuah web yang amat berguna bagi seorang designer. Tak kisah la sama ada dia adalah web designer atau graphic designer mahupun multimedia designer sekalipun. Web ini amatlah berguna bagi golongan sedemikian dalam mencari idea-idea baru sebagai sumber inspirasi bagi kerja-kerja design mereka seharian.

Aku juga baru tahu tentang web ini yang mana salah satu web yang merupakan salah satu dari rangkaian web Envato yang mana menghimpunkan segala jenis tutorial seperti vectortuts,psdtuts,aetuts dan sebagainya lagi.Memang disini merupakan segalanya anda akan dapat dalam setiap bidang multimedia mahupun graphic design.

Web Creattica ini menghimpunkan koleksi karya-karya terbaik dari seluruh designer di luar sana di mana dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti: Read the rest of this entry »

Info Clickbank PERCUMA Mesti Download!

0

Posted by reezluv | Posted in Bisnes Internet, berita hot, blogger | Posted on 29-09-2009

Sape kenal sape tu Clickbank? Angkat tangan ramai-ramai cepat….hahaha..salah, salah dan salah…Clickbank tu bukan nama orang la..Clickbank tu nama website le..pe ke benda la korang neh…bukan pasal apa..nak mendapatkan komisen dari Clickbank ni merupakan salah satu cara lagi korang leh dapat cek riban-riban sebulan sesenang je kalau korang tau teknik yang best…

Tak payah korang beli ebook sampai ratus-ratus, tapi apa pun tarak..tapi kali ni bro Mawardee nak bagi percuma je siot..biar betik!..haha..biar betik atau jus betik?Memang betui…tak tipu punya beb..berani makan sate 10 cucuk…bro Mawardee ni dedahkan kat korang antara 10 Rahsia yang selama ni korang taktau nak menjana wang dengan Clickbank..bukan idea lapuk, tapi teknik terkini..berapa bro Mawardee ni bagi? hahaha..mesti hadiah Hari Raya bukan? FREE..diulangi..FREE atau dalam bahasa kantonisnya..PERCUMA>>>>Klik kalau korang nak download..

Related Posts with Thumbnails