Posted by reezluv | Posted in Bisnes Internet, blogger | Posted on 14-03-2010
Posted by reezluv | Posted in interview | Posted on 11-03-2010
Pada post kali ini aku berbesar hati ingin berkongsi dengan korang yang minat dengan bidang seni teater. Aku sebenarnya minat, tapi tak la terlalu minat sampai nak pegi tengok teater..tapi teringin sebenarnya nak tengok live teater..
Ok..untuk sesi interview kali ini, kita akan bersama dengan salah seorang aktivis teater di Negeri Perak iaitu di tempat aku sendiri..meh aku kenalkan dengan korang siapa dia ni dan sedikit latar belakang mengenai beliau.
Nama: Rashidi Bin Abdul Kharis
Pekerjaan : Pembantu Am Pejabat
Tempat Pekerjaan : Jabatan Pelajaran Perak
Pencapaian Dalam Teater :
-Pengarah Terbaik Pekan Teater Negeri Perak 1994
-Pelakon Lelaki Terbaik Pekan Teater Negeri Perak 1998
-Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Pekan Teater Negeri Perak 2002
Beliau merupakan seorang yang aku kagumi kat tempat kerja aku tu sebab beliau amat passion dengan apa yang beliau buat dan aku amat minat dengan apa yang beliau lakukan. Oleh sebab itu, terdetik di hati aku ingin bersama beliau di blog aku ini untuk aku hebahkan kat korang yang mana mengenali…jom tengok sesi pengenalan beliau menerusi video di bawah.
Apa pun beliau memang banyak pengalaman dalam bidang teater dan aku harap satu hari nanti beliau akan menjadi salah seorang pelakon yang berjaya..Mari sama-sama kita hayati sesi temuramah dibawah Read the rest of this entry »
Posted by reezluv | Posted in Bisnes Internet | Posted on 07-03-2010
Pada hari minggu ni aku nak kongsikan kat korang lagi satu cara untuk make money dari internet yang mana cara untuk buat duit ini akan aku kongsikan sendiri secar percuma LIVE di blog ini sahaja. Caranya sekarang adalah rahsia..tapi bila dah ada earningnya nanti baru aku akan kongsikan kepada kalian semua ye.

Aku ada satu domain yang aku malas plak nak guna disebab ada beberapa masalah berlaku masa nak setup blog tu sampai aku sendiri naik fedap dan aku rasa akan beli domain lain pasni dan juga hosting dari company lain..masih lagi aku mencari service hosting dari oversea.Aritu hampir nak ambik, tapi sekali masa nak bayar..lain pulak harganya..so masa tu memang aku kensel la.
Berita terbaru juga tentang aku ni, Insyaallah lagi 2 minggu aku akan menghadiri kursus Induksi di Pulau Pangkor yang mana aku akan ada di sana selama seminggu lebih dan kepada agen affiliate yang mendaftar affiliate Buat Duit Grafik, news tersebut akan diupdate di page depan affiliate nanti eh.
Last week aku ada sesi revision dengan Shafawi dimana beliau agak buntu rupanya nak dapatkan income dari blog beliau tu, dan aku dengan secara senang hati bagitau cara yang best yang mana dia tak terpikir pun..memang betui la kata Ijad..nak tengok, kena tengok betul-betul..kan?hehe..tadi bro Shafawi chat ngan aku jap kat Gtalk, katanya baru je dapat USD30 hasil teknik yang aku berikan tu..aku cakap kat die..tu baru sikit je..nanti ada banyak lagi akan datang.buat la selalu..hehe..ini semua pun pasal aku pegi Seminar Smartblogging yang dianjurkan oleh Rohaizad.com dan juga Wanmus Technology yang mana aku amat puas hati dengan bayaran yang dikenakan. Apa nak heran pun, dah dapat balik dah modal tu..tak sampai pun sebulan..haha..
Ok, berbalik tentang cara buat duit dengan domain ni, cara ni aku rasa dah lama, cuma aku je yang baru nak try…so sape yang nak ikut tu boleh subscribe blog ni dan dah ada earning nanti akan aku tunjukkan step by step dari peringkat beli domain sampai la cara nak dapatkan earning tu nanti ok?
Posted by reezluv | Posted in grafik | Posted on 04-03-2010
Sesiapa yang terlibat dalam dunia kreatif tak kira la sama ada dalam bidang web design, graphic design, animation atau sebagainya tentu sedar akan kenyataan yang diberikan oleh aku tu kan? Kalau korang setuju, meh kasi aku Macbook Pro sebijik + Magic Mouse untuk menyokong pernyataan aku tu..haha.

Ini adalah antara sebabnya aku berkata sedemikian..
Kreativiti adalah unlimited
-kreativiti merupakan satu perkara yang tiada limitnya di dunia ini..sesiapa sahaja sebenarnya boleh jadi kreatif asalkan mempunya minat dan ketahui perkara-perkara yang penting bagi mendapatkan sesuatu yang kreatif.
Creative is Expensive
-hasil kreatif seseorang biasanya adalah mahal harganya..kalau tak caya..cuba korang quote harga bagi sebuah web design yang amat kreatif atau korang quote harga untuk corporate design…ha..mangko (kata orang perak…hehe)
Adakah perlu mempunyai Degree dalam bidang tersebut untuk membolehkan korang menjadi seorang yang kreatif? Sudah tentu tidak..ada yang keluar dari Zero ke Hero dengan bidang yang dia amat minati..ada web designer yang dulunya adalah cuma seorang tukang kebun jek..ada? Confirm ada beb..hehe..
Tambahan pula dunia sekarang adalah tanpa sempadan dan tak memerlukan korang pergi berjumpa dengan client atau sebagainya. Hanya setup blog atau web, nah anda sudahpun boleh mengiklankan servis anda itu dengan mudah ke seluruh dunia.
Kalau korang rasakan amat susah, Rahsia Duit Grafik yang aku keluarkan itu merupakan salah satu dari jalan masuk korang ke dalam dunia yang aku masuk sekarang..banyak peluang akan menanti korang kalau korang membeli ebook/report ini..kalau tak caya..cuba dan lihat hasilnya..korang mesti tersenyum sendirian bila dapat tahu, yang ianya amat mudah sekali….
Rahsia yang dibongkarkan itu cuma sedikit dari hasil pengalaman aku buat duit diinternet dengan hasil grafik..tak payah takut untuk menunjukkan hasil kerja anda kepada dunia, kerana kreativiti ada dimana-mana dan orang akan menghargai usaha anda walaupun anda sendiri berasakan ianya amat menjengkelkan…tak caya? Try la tengok…