Bagaimana Nak Buat Blog?

2

Posted by reezluv | Posted in blogger, info | Posted on 22-12-2009

Blog sebenarnya makin digilai oleh rakyat Malaysia. Kalau dulu takde sape pun tau ape ke bendanya blog tu. Tapi sekarang ni ramai sungguh yang kenal dan tahu apa dia blog tu. Website dengan blog sebenarnya dua benda yang berbeza. Kalau korang rasa blog tu tempat untuk meluahkan perasaan korang atau seperti diari..korang betul kalau korang berada 10 tahun dahulu. Tapi sekarang orang buat blog bukan sekadar untuk meluahkan perasaan. Ada yang menggunakannya sebagai platform perniagaan atau peribadi dan sebagainya.

Kalau korang tengok contoh design-design blog yang aku tunjukkan kat bawah ni mesti korang rasa seperti website bukan? Padahal, kesemuanya adalah digelar blog. Zaman dah berubah, dunia dah maju. Platform paling popular yang korang boleh dapat buat blog secara percuma adalah blogspot. Banyak lagi platform seperti Wordpress.org, Wordpress.com, Typad dan sebagainya. Dari segi untuk jangka masa panjang, paling digalakkan adalah mempunyai blog yang self hosted serta mempunyai nama domain yang tersendiri.

Kenapa menggunakan nama domain tersendiri dan menggunakan self hosted? Bukankah kosnya mahal? Read the rest of this entry »

Apa Sudah Jadi Facebook?

3

Posted by reezluv | Posted in berita hot, blogger | Posted on 28-10-2009

Pada Jumaat lepas, Facebook telah buat satu perubahan yang amat ketara pada antara muka webnya yang mana ramai yang komen adalah amat menjengkelkan layout yang baru di Facebook ni. Nampaknya Facebook develepor ni semua kena buat la survey dulu..dan aku rasa ini lah survey mereka..haha..ramai sungguh yang rasa layout terbaru ni amatlah tak best. Kalau korang tak caya, korang ushar petikan akhbar yang aku dapat dari paper Star aku baca pagi tadi..ahaks..

Begitu lah alkisahnya tentang Facebook..erm, haritu aku ada review tentang hosting Onebytes kan? Elok je lepas aku review pasal hosting aku, down plak web aku ye? Rasa macam kelakar plak kan? kekekke..Aku sendiri rasa pelik dan aku pun emelkan support ticket ke hosting aku tu. Baru jap tadi aku dapat reply yang mereka sebenarnya tengah upgrade ke server baru..lagipun masalah tu taklah sampai berhari-hari. Ok lah juga. Kalau dah lebih 3 hari tak setel2..aku pertimbangan rasanya untuk tukar ke hosting yang lain.hehe.. Read the rest of this entry »

Tempat Terbaik Photoshop Tutorials

7

Posted by reezluv | Posted in grafik, tutorial | Posted on 16-06-2009

Photobucket

Software Photoshop sememangnya sudah familiar bagi korang bukan?Tapi dari mana korang belajar tutorial yang menarik untuk korang training?Adakah melalui kelas-kelas graphic design yang korang belajar sekarang atau main belasah je sampai korang terer?Tahukah korang yang diinternet, banyak sungguh tutorial yang dapat korang belajar dari beginner level sampai la ke pro level. Cara korang belajar tu terpulang la kan sama ada nak yang free atau yang berbayar.

Kali ni aku kongsikan dengan korang antara laman web yang boleh korang lawat dan rasanya kebanyakan dari laman ini mungkin korang sudah biasa dengannya bukan?

1.Psdtuts

-Ok, tempat pertama bagi photoshop tutorials adalah Psdtuts. Aku jumpa blog ni dari mereka mula-mula menubuhkan web yang best ini sampai la sekarang.Tetapi bagi mereka yang masih di tahap beginner, mungkin agak sukar nak ikut tutorial yang boleh dikatakan di tahap advance yang mana mungkin agak kabur dengan beberapa teknik yang kekadang mereka skip dan juga memerlukan proses trial and error. Agak mengambil masa juga nak ikut satu-satu tutorial yang diberikan sampai lupa step-step yang korang ikut dari mula.

2.Good-Tutorials

-web Good-Tutorials merupakan blog yang mengumpulkan pelbagai link web tutorial dari tahap beginner sampai la ke tahap advance yang korang boleh pilih tahap kecekapan dan juga kategori yang korang inginkan.Contohnya sama ada korang nak pilih text effect,photo manipulation dan sebagainya.Explore dan alami sendiri, memang korang akan puas hati.

3.Pixel2life

-web Pixel2life agak lama juga aku tak jenguk sebab terlampau banyak sangat tutorial dalam bidang multimedia di dalamnya.Sama seperti Good Tutorials.Ada banyak tutorial yang korang boleh boleh explore dan terpulang pada korang nak pilih yang mana satu.

4.Tutorial9

-Web ni dulu aku nmpak tak berapa menyerlah, so memang agak kurang la aku lawat masa tu. Tapi ada juga banyak tutorial berguna yang aku dapat belajar dari web tersebut.Kalau korang tak caya, try ushar sendiri dan alami sendiri..:P

5.Abduzeedo

-merupakan salah seorang peberet aku dalam bidang graphic design.Web beliau yang menawarkan pelbagai info menarik tentang dunia graphic design dan juga tips-tips pro dalam designing memang membuatkan korang akan terliur bila tgk antara tutorial yang mamat ni tunjukkan kat korang..

Itu saja rasanya aku nak letak kat sini antara Top 5 Terbaik Laman Photoshop Tutorials dari beginner level sampai la ke advance level.Kalau korang ada lain-lain web yang lagi baik dari ini, sila kongsikan bersama, semoga kita dapat banyak manfaat daripadanya.Dulu aku pun ada buat web tutorial seperti ini.Memang banyakla traffic datang..kebanyakkannya datang dari Indonesia..hehe..kalau korang ada buat, silakan..aku lebih senang buat video dari buat screeshot satu-satu..letih wo…

Kajian Keyword di ManualNewbie,Camne tu?

9

Posted by reezluv | Posted in Bisnes Internet, web review | Posted on 09-06-2009

Ok..salam malam semua ye.Pada post kali ni aku nak kasi kat korang sesuatu yang valuable untuk korang bagi sesapa yang baru nak buat research keyword. Mungkin perkara ni dianggap remeh..termasuk la aku pada mulanya.Tapi dah lama baru aku sedar yang perkara ini amat penting dalam pembinaan sesuatu blog atau laman web sebelum ianya dibina..Niche..satu perkataan yang amat sinonim dalam dunia blogging atau Internet Marketing. Read the rest of this entry »

Blog Widget by LinkWithin
Copy Protected by WP-CopyProtect Thanks to Chetan.

Dont want to go to the cinema? Watch Movies Online.