Posted by reezluv | Posted in berita hot, info | Posted on 28-06-2009
Semasa aku di KL haritu tak sangka plak aku dapat berita yang amat mengemparkan dunia di mana Raja Pop Dunia yang korang sendiri tau sape die iaitu Michael Jackson yang amat digilai di seluruh dunia dengan lagu-lagunya yang amat memukau para pendengar music. Beliau menghembuskan nafasnya di kediamannya kalau tak silap aku la, akibat serangan jantung. Memang banyak kontroversi rasanya tentang kematian beliau itu.
Korang minat ke dengan Michael Jackson? Kalau korang minat mesti korang mesti pernah dengar pelbagai lagu beliau seperti Beat It, Black Or White, Heal The World dan juga Thriller serta banyak lagi yang aku rasa korang sendiri lagi arif. Ya, memang aku merupakan salah seorang peminat beliau dan lagu-lagunya masih aku minat sampai sekarang
Sudah semestinya lah kesemua kedai CD berhampiran akan menjual dengan hebatnya pelbagai barangan yang berkaitan dengan Michael Jackson dan ini juga akan menjadi satu peluang kepada Ebay seller di seluruh dunia yang mencari produk hot dan juga unik mengenai Michael Jackson untuk dijadikan kenang-kenangan.
Related posts:






































Kematian Micheal Jackson memang banyak kontroversi.. kat twitter pun heboh pasal Micheal jackson hari tu.. hari ni pun rasa masih dalam top 10 trending topics di twitter.