This Is It Michael Jackson Review

1

Posted by reezluv | Posted in Hiburan | Posted on 31-10-2009

Aku baru je tengah hari tadi gi tengok cite This Is It Michael Jackson yang mana filem ini bercorak music documentary bagi aku. Apa yang dapat aku katakan adalah, aku seperti melihat konsertnya yang bakal dia buat untuk tour tu di depan mata aku..memang feel.

Tapi bagi mereka yang tak bape suka dengan lagu Michael Jackson, aku rasa korang tak payah la nak pegi tengok, sebabnya korang sure akan ngantuk dan tertido..Cite This Is It merupakan filem yang hanya berlatar belakangkan pembikinan konsert tour nya nanti. Dari segi pemilihan penari, effect dan macam-macam lagi. Kesemuanya dibongkarkan dengan detail dalam dokumentari ni. Cinema kat TGV Jusco ni bukak sampai dua buah, tapi yang datang tak ramai..mungkin sebab ini music documentary punya filem..so mesti ingat bosan kan? Ada gak yang ingat ini cite tentang Michael Jackson dari kecik sampai la ke hari ni..aha..aku ingat camtu…rupanya bukan..

Tapi memang feel bila lagu-lagu die yang aku suka tu aku dengar sendiri dan aku sendiri ikut nyanyi sekali lak..haha..silap tak berjoget jek..hahaha..apa pun walaupun umurnya dah 50 tahun, tapi suaranya tetap maintain lagi..bak kata orang, evergreen..hehe

Bagi aku filem ni hanya untuk peminat-peminat Michael Jackson sahaja. Sapa yang tak minat tu, tak digalakkan tengok sebab buang masa korang jek..hehe

kalau korang nak dengar lagu tema untuk filem ni korang leh ushar video yang aku attach kat bawah ni dan dengar bebaik. Katanya inilah konsert terakhirnya..memang terakhir sampai dia tak sempat nak buat konsert tersebut. Tentu kesemua krew yang terlibat dengan dia masa tu akan amat terasa dengan kehilangan Michael Jackson. Mereka bekerja keras bersama-sama demi untuk menjayakan konsertnya…fuh..gitarist yang pompuan tu best gile..haha

YouTube Preview Image

Blog Widget by LinkWithin
Share and Enjoy:
  • Digg
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Ping.fm
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • Yahoo! Buzz
  • del.icio.us

Related posts:

  1. Inilah Dia Michael Jackson
  2. The Jacko’s
  3. Saya Masih Ingat by MOCCA
  4. VO (Voice Over) Di Dalam Video Lebih Menarik?
  5. Juara AJL 24 Milik Aizat

Comments (1)

Memang power movie MJ ni…
sehari dah berjuta usd kutipan…
tapi pada hari pertama kematian MJ,
jualan domain2 ttg MJ melebihi 30juta usd…
power2..

Copy Protected by WP-CopyProtect Thanks to Chetan.

Dont want to go to the cinema? Watch Movies Online.