Tips Membeli Di Ebay

3

Posted by reezluv | Posted in Bisnes Internet, info | Posted on 02-08-2009

Photobucket

Adakah korang merupakan salah seorang daripada pengguna Ebay? Adakah korang menggunakannya hanya suka-suka atau saja je melawat untk lihat dan survey harga barang dari di web shopping cart korang atau korang memang menjual di Ebay?

Apa pun tentu bagi rakyat Malaysia Ebay ni tak la sangat menjadi pilihan untuk membeli belah secara online disebabkan korang boleh lihat sendiri la Ebay Malaysia, memang agak sunyi juga, tapi barang-barangnya boleh tahan..ramai juga yang listing di Ebay Malaysia, walau ramai dah jadi Powerseller di Ebay.com atau Ebay UK?

Tips ini merupakan antara tips berguna untuk korang semua membeli di Ebay selain laman web milik Malaysia iaitu Lelong.com.my. Tanpa berlengah lagi, jom kita kongsikan bersama-sama bagaimana caranya nak membeli belah di Ebay dengan cara yang betul.

1.Gunakan Fungsi Search

-Dapat dilihat dengan jelas, iaitu Ebay memang memberikan fungsi search untuk memudahkan korang mencari barang yang diingini itu, sebagai contoh dalam tips ini, aku try search ‘Coke’ dan mari kita lihat apakah hasilnya.

Photobucket

Korang dapat lihat antara carian yang ada.Selalunya jika anda berada di laman Ebay Malaysia maka result carian anda hanya akan terpapar bagi barangan dari Ebay Malaysia sahaja dan barangannya sudah semestinya dari Malaysia sahaja. Tetapi jika barang yang anda inginkan tiada di Ebay Malaysia, maka akan terpapar di bahagian bawah nanti fungsi untuk anda search di Ebay International.

2.Fungsi Refine Search

-Membeli dengan lebih bijak.Gunakan fungsi Refine Search iaitu anda boleh menetapkan range harga yang bagaimana anda mahukan dan anda boleh kecilkan skop carian anda jika ianya terlalu banyak bagi anda. Juga terdapat fungsi Preferences di mana anda boleh membuat perkara yang sama seperti Refine Search itu tadi.

Photobucket

3.Lihat Seller Feedback

-setelah anda kenalpasti barang yang anda inginkan itu, perkara pertama yang anda harus lakukan adalah dengan melihat kepada Feedbacknya..berapakah bilangan feedback seller tersebut dan apa pula status seller tersebut di Ebay.Anda boleh klik pada nombor berkenaan untuk lihat komen-komen dan feedback yang telah diberikan oleh buyer tersebut dan lihat item apa yang pernah seller tersebut jual dan apa respon pembeli.

Photobucket

4.Description

-Lihat dan baca dengan teliti description yang diberikan oleh seller di Ebay. Anda boleh lihat tahap keseriusan penjual berkenaan dengan melihat description yang telah disediakan oleh seller berkenaan. Jika gambarnya kurang jelas dan tiada maklumat lengap tentang barang berkenaan, sila ke tips seterusnya…

5.Shipping Method

-part ini paling penting kerana jika anda tersilap, maka anda perlu membeli dengan harga yang amat tinggi.Pastikan anda rujuk description di page seller berkenaan tentang jenis penghantaran. Adakah item berkenaan akan di hantar Worldwide atau US sahaja?Perhatikan juga apakah syarikat kurier yang digunakan untuk mengepos item berkenaan.

6.Soalan

-Jika kesemua itu tiada di dalam description, anda boleh menanyakan dengan lebih lanjut kepada seller berkenaan seperti berikut:

1.Type Of Shipping

2.Country of Shipping

3.Type of payment

4.Days of Shipping

5.Insurance and warranty

7.Jenis Barangan HOT..

-sedikit nasihat dari saya yang sudah ketagih membeli di Ebay dan anda pasti akan tertarik dengan barangan yang hot seperti ipod,iphone,laptop,walkman,mp3 player dan sebagainya. Adalah dinasihatkan supaya anda tidak membeli barangan berupa elektronik di Ebay kerana pelbagai masalah boleh timbul antaranya anda mudah untuk ditipu oleh seller berkenaan kerana anda bakal menanggung kos penghantaran jika anda ingin memulangkan barangan yang telah rosak kepada seller berkenaan.

So cari je la barangan tersebut di negara anda kerana mudah untuk anda menanyakan tentang barangan tersebut dan nak cari kedai untuk repair pun senang bukan?

Blog Widget by LinkWithin
Share and Enjoy:
  • Digg
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Ping.fm
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • Yahoo! Buzz
  • del.icio.us

Related posts:

  1. Cara & Tips Hebat Membeli Produk Digital
  2. Barang Apa Nak Jual Di Ebay?
  3. Panduan & Teknik Rahsia Ebay Kini PERCUMA!!
  4. 10 Tips Membeli Komputer
  5. Cara Membeli Barang Murah Di Internet

Comments (3)

wah..bagus tip-tip ni..especially mereka yang baru nk membeli belah secara online kt internet ni..memang paling sesuai kalau bermula membeli diinternet di eBay…

tak pernah lagi membeli di ebay, setakat ni belum ada barang yang perlu beli disana.

huhu.aku pun tak start lagi buat ebay ni.sekarang fokus dengan adsense je

Copy Protected by WP-CopyProtect Thanks to Chetan.

Dont want to go to the cinema? Watch Movies Online.