Tutorial : Design Ebook Cover Menawan dengan Photoshop

4

Posted by reezluv | Posted in tutorial | Posted on 03-07-2009

Photobucket

Tutorial : Design Ebook Cover Menawan dengan Photoshop

Wah korang kali ni bertuah sesangat la sebab tutorial kali ni memang ramai yang tunggu-tunggu kan? Pada tutorial kali ini aku akan tunjukkan bagaimana nak design cover ebook dengan menggunakan Photoshop CS2. Tak kira la korang pakai PS version yang mana sekalipun. Sama jek, tak banyak beza, Cuma mungkin interface sahaja berbeza ada tambahan juga la dalam version CS4.

Ok. Untuk design ebook cover banyak perkara yang perlu kita lihat untuk menghasilkan sebuah ebook cover yang menawan. Warna perlu lah menarik perhatian dan sekali pandang je..akan mudah menarik perhatian visitor untuk melihatnya. Tak nak banyak membebel, jom mulakan!

Contoh ebook cover yang bakal aku design dan tunjukkan step by step adalah seperti dibawah:
Untuk menghasilkan ecover seperti ini, anda perlulah mempunyai photoshop action yang terdapat diinternet di mana ramai yang menjualnya dan dalam pelbagai harga yang berpatutan untuk dibeli. Kita bertuah kerana terdapat seorang designer yang telah membuat Photoshop Action Ebook Cover untuk kegunaan designer di Malaysia iaitu saudari Luvlee.

Anda boleh mendapatkan lebih banyak photoshop action dengan harga yang amat murah jika dibandingkan dengan produk-produk di luar negara. Sayangnya semasa pelancaran produk ini, saya baru sahaja membeli BlackBeltCovers untuk kegunaan saya, jadi nak buat apa ye beli banyak kali..:P

Pertama sekali keluarkan Panel Action anda melalui Window-Action, dan akan terpapar panel action seperti berikut.
Photobucket

Jika anda masih belum memasukkan action, sila berbuat demikian seperti berikut. Klik pada menu disebelah kanan panel Action dan klik Load Action. Pilih action script yang anda mahu

Kemudian klk Play. Biasanya secara automatik akan terpapar paparan seperti ini dan anda sudah boleh mula design tanpa perlu klik File-New. Contohnya adalah seperti gambarajah.
Photobucket

Create New Layer pada layer panel untuk mulakan kerja-kerja design.

Pada layer tersebut kita akan masukkan warna latar belakang. Pilih tool Gradient atau tekan G untuk shortcut. Pilih warna foreground dan background seperti gambarajah. Saya memilih warna hijau #469f13 dan background #5eef09.
Photobucket

Pilih Radial Gradient dan buat drag warna tersebut dari tengah ke luar. Lihat gambarajah untuk lebih jelas.
Photobucket

Photobucket

Photobucket

Create satu lagi layer baru dan kemudian kita akan masukkan teks. Pilih menu teks atau T untuk shortcut.

Masukkan tajuk utama yang anda inginkan.Pada tutorial kali ini aku akan menggunakan tajuk Rahsia Hebat Blogging!. Tajuk kecilnya pula adalah Rahsia Terhebat Blogging Kini Dibongkar!

Susun layout teks tersebut seperti gambarajah. Masukkan juga gradient overlay bagi setiap teks dengan setting seperti berikut
Photobucket


Bagi teks Rahsia Hebat dan tanda Seru

Photobucket

Photobucket

Photobucket


Bagi teks Blogging

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Kemudian masukkan pula teks untuk tajuk kecilnya seperti gambarajah. Masukkan juga teks oleh:Penulis.letakkan nama anda jika anda design sendiri ecover anda. :D
Photobucket

Masukkan layer baru dengan kedudukan seperti gambarajah. Sekarang kita akan menggunakan brush tool untuk memasukkan efek burst dibelakang teks. Untuk mendapatkan brush file ini, anda boleh download secara percuma di Deviantart.com. Search for Burst Photoshop Brush. Dan cuba dapatkan file seperti brush di dalam tutorial ini.
Photobucket

Klik tool brush dan setkan warna pada foreground kepada warna putih. Pilih saiz brush dan kemudian letakkannya seperti dalam gambarajah.
Photobucket

Pada panel layer, pilih Soft Light. Kemudian klik Add layer mask dan pilih tool Gradient sekali lagi dan pilih Radial Gradient. Buat perkara yang sama seperti sebelum ini dan anda akan mendapat hasil seperti berikut.
Photobucket

Photobucket

Photobucket

Masukkan image yang anda inginkan. Saya menggunakan image RSS Feed yang saya download dari internet. Anda boleh dapatkannya secara percuma juga. Hanya search free icon dan dapatkan psd atau png filenya jika ada.
Photobucket

Ctrl+O untuk open atau File-Open dan pilih gambar yang anda inginkan.

Letakkannya di kedudukan yang anda rasakan sesuai dan dapat member impak kepada design anda.

Akhir sekali adalah pilih Rectangular Marquee Tool dan buat kotak untuk URL di bawah layout tersebut seperti gambarajah. Masukkan URL web dengan jelas supaya viewer mudah mengenalpasti URL anda itu.
Photobucket

Balik kepada Action Panel dan continue dengan step seterusnya setelah anda siap dengan design anda itu. Anda hanya perlu tunggu dan secara automatic, ebook cover anda akan terhasil. Bagaimana? Tak sabar nak dapatkan ecover action? Tak rugi korang beli, memang berbaloi! :D
Photobucket

Photobucket

Blog Widget by LinkWithin
Share and Enjoy:
  • Digg
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Ping.fm
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • Yahoo! Buzz
  • del.icio.us

Related posts:

  1. Tutorial:Design Fresh Web Layout Dengan Photoshop
  2. Bagaimana Nak Buat Cover Ebook Yang Menawan?
  3. Tutorial: Menghasilkan Banner Design
  4. Tutorial: Menghasilkan Order Button Menarik
  5. Macam Mana Nak Buat Minisite?

Comments (4)

Reezluv, terima kasih atas tutorial ni. Bukan senang nak dapatkan tutorial lengkap macam ni. :) Btw, saya dah add link anda di blog saya, gajisendiri.com . Harap dapat bertukar2 link. K. Wassalam.

cantik la…
thanks wat tutorial ni..
sy pon tgh nk belajar wat ecover …

ish..geram betul tgk ecover
yg comel2 nih….

cair giler tgk..

nak2 lagi yg bawah warna coklat tu.
kalau masuk website org yg ade ecover
mcm tu rasa mcm tak mau kelua..nak
tgk je ecover dia.

besh nye kalau pandai wat sndiri.

abang takde ke buat ebook
cara2 nak design ecover secara detail??

kalau ade mmg saya sapu.

hehe

Copy Protected by WP-CopyProtect Thanks to Chetan.

Dont want to go to the cinema? Watch Movies Online.