Posted by reezluv | Posted in video | Posted on 29-10-2009
Entry kali ni memang totally berbeza la dengan sebelum sebabnya ada kena mengena dengan dunia Multimedia. Walau aku takla concentrate sangat bab-bab video ni, tapi bagi aku patut rasanya aku kongsikan sedikit perkara mengenai Multimedia di dalam blog aku ni.
Kalau korang nak tau, aku tak bape suka sangat bab editing video..sebabnya aku takde PC yang sehebat iMac untuk edit video atau PC Windows yang mempunyai spec yang besar bagi seorang video editor lagaknya seperti banyak ada kat pasaran skang ni kan..betul? Korang je tak sedar kot..hehe..
Oklah, VO atau Voice Over sebenarnya perkara yang basic sangat dalam pengeditan video..sebenarnya bukan dalam kategori editing..tapi lebih kepada bagaimana sesuatu video itu dibuat sebenarnya. Apa tu voice over dalam video? Kalau korang biasa tengok dokumentari atau filem-filem ala-ala flashback gitu..mesti korang pernah dengar bukan?
Voice over ini adalah di dalam video hanya kedengaran suaranya sahaja dan seolah-olah ada suara lain yang mengolah video tersebut. Kiranya seperti pengolah acara sukan la..Orang main bola, dia bercakap tak berenti macam keretapi.
Contoh senang kalau korang tak dapat nak tangkap lagi, korang leh tengok video yang diarahkan oleh arwah Yasmin Ahmad yang mana merupakan salah satu video terbaik beliau yang aku amat suka sampai ke hari ini.
Kalau korang perasan suara pompuan yang menceritakan tentang kenangannya kembali masa dalam surat tu lah dinamakan voice over. Kalau orang buat video depa panggil VO sahaja.
Dalam kartun animasi vo ni digunakan secara meluas la. Tengok cite Shrek, Garfield, dan banyak lagi tu..bukan sore real, tu semua dirakam terlebih dahulu untuk menjadikan sesuatu animasi atau video itu lebih menarik.
Paling ketara adalah dalam National Geographic sendiri kalau korang lihat, VO digunakan sepenuhnya, dari awal, sampai la abih, ye tak? kecuali la kalau korang tak pernah tengok Nat Geo neh..haha
Related posts:
- 10 Stop Motion Video Terbaik Untuk Tontonan
- 10 Video Tutorial Tentang Wordpress
- 10 Perkara Pelik Dalam Grafik Design
- Adakah Video=$$$?
- Koleksi Iklan Kelakar Kondom








































